ramai yang kelam kabut.ada yang merapu, ada yang meraban. baru berusia bayi, tapi digeruni oleh kawan maupun lawan.
kawan...apa mau takut. bukan boleh jejaskan jawatan atau apa-apa juga yang disandang sekarang. dilahirkan hanya untuk menegur akan kesilapan pemimpin. bukan untuk merebut jawatan.
dulu-dulu....orang melayu boleh harap kat parti pak lebai untuk menegur pemimpin kerajaan yang lahap kuasa. tapi semenjak pru 12, parti pak lebai ni dah gila meroyan. lagi teruk dari sebelumnya.
hilang habis segala teras perjuangannya. dulu tak boleh bersama-sama orang bukan islam untuk mentadbir negara, tapi la ni boleh pula. ini fahaman yahudi ke???
tiada tempat lagi melayu nak mengadu. tiada tempat untuk meluahkan apa yang terbuku. cara yang paling mudah ialah luahkan di atas kertas undi.
tersilap pangkah pun tiada apa-apa yang perlu dikhuatiri. masih lagi perlu bertungkus lumus membayar bil-bil yang bertambah setiap bulan.
kalau bukan melayu jadi pemimpin pun tak apa. lagi senang bagi orang melayu. tak payah pening kepala nak tadbir negara. boleh duduk lama sikit kat kedai kopi.
lagi pun mungkin orang melayu ni dilahirkan untuk menjadi kuli kepada bangsa lain. mudah diperbodohkan. mudah dipergunakan. sampai sanggup berbaring di atas jalan. tapi baru lepas minta doa semoga diri, keluarga dan negara sejahtera.
sekarang apabila didirikan satu pentas untuk menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu isu, ramai pula yang kondem. yang kondem tu pun ramai yang melayu.
hai me.....layu, me.....layu........
PUNCA PROJEK SAKIT DAN BERMASALAH DI SABAH
-
PEMBINAAN LPB (Lebuhraya Pan Borneo) untuk memenuhi tanggungjawab
Persekutuan pada Sabah dan Sarawak.
Selain itu matlamat pembinaan tersebut untuk meningk...
2 bulan yang lalu
0 Comments for "PERKASA : kelahirannya digeruni"
Catat Ulasan
ulas boleh ulas.silap ulas tanggung sendiri!!!!