1. siapakah si polan yang dimaksudkan oleh tun m dalam ucapannya semasa ucapan perasmian perkasa semalam.
  2. tetapi yang pastinya si polan ini bukan individu yang sama dengan ,"yang dah pergi tu biarlah dia pergi".
  3. aku rasa ramai yang dapat meneka dengan tepat akan si polan yang tidak mengetahui apa-apa tentang umno tetapi mendatangkan kerosakkan yang teruk kepada umno.
  4. si polan ini juga menyebabkan ramai rakyat membenci umno hingga ke hari ini. tetapi yang menjadi masalahnya ialah si polan ini tidak memahami bahawa dia tidak diperlukan oleh umno.
  5. si polan masih memegang jawatan penting didalam umno. tiada yang berani meyisihkan si polan dari umno.
  6. mungkin takut di pancung karier politik atau tidak mahu mengeruhkan keadaan didalam umno yang kelihatan agak stabil sekarang.
  7. aku amat berharap agar ds najib dapat memantau si polan ini agar tidak diberikan peluang bertanding di kerusi parlimen  pada pru yang mendatang. moga-moga si polan hanya menjadi koleksi yang pernah umno lahirkan...