ramai yg aku temui berkata belajar mestilah nak menjadi pandai. jarang-jarang orang berkata dia belajar menjadi bodoh. tapi tak tahu lah pulak kalau ada yg sembunyi kata. atau mungkin ada yg berkata, hanya orang bodoh saja belajar untuk menjadi bodoh.
kenapa ye semua orang belajar untuk menjadi pandai. sekarang ni amat sedikit atau segelintir saja manusia yang belajar untuk menjadi bodoh.
adakah dengan belajar menjadi pandai ini kita boleh menimbun harta yg banyak. atau kita akan dihormati dan disegani kerana bijak pandainya kita.  atau kita boleh memperolehi kuasa apabila ramai yg melopong melihat ijazah berjela-jela yg kita miliki.
cuba lihat kat TUN M. aku lihat dia sentiasa belajar untuk menjadi bodoh. tak pernah aku lihat beliau berlagak seperti cerdik pandai.
tidak seperti sesetengah orang tu. memang dia orang berkelulusan tinggi. semuanya dari seberang laut. bijak, cerdik dan pandai belaka. tapi tiada apa pun yang mereka sumbangkan kepada negara. malahan mereka ini lebih merosak dan menghancurkan negara.