pas - perjuangan memperbaiki umno



perjuangan sebenar pas adalah memperbaiki  perangai dan akhlak pemimpin umno. bukannya menegakkan agama islam seperti yang dilolongan oleh pemimpin mereka.
apakah perkara-perkara yang telah dilaksanakan oleh pemimpin pas yang boleh diangkat oleh masyarakat luar sebagai pengiktirafan terhadap kejayaan agama islam.
tiada apa pun pelaksanaannya. negeri dibawah peliharaan mereka masih terkial-kial mencari identiti diri. masih timbul tenggelam dalam menentukan halatuju perjuangan parti. dahulu tidak dibenarkan, sekarang dibolehkan.
sudah terhapuskah kedai menjual nombor ekor? sudah terbasmikah kedai-kedai hiburan? sudah berkurangkah gejala sosial? sudah tiadakah lagi kronisme? dan rasuah tidak pernah berlaku di dalam pentadbiran mereka?
akhirnya pas mengakui bahawa bercakap itu amat mudah untuk dilaksanakan. inilah pilihan perjuangan pas yang sebenarnya. hanya dengan membuka kitab dan menunjukkan beberapa contoh sudah boleh menyerang seteru politiknya.
berkokok siang dan malam menghambur kata walaupun ekor berselepat dengan najis. ingin menunjukkan kepada masyarakat bahawa merekalah bijak bistari.
mujurlah seteru mereka tidak melatah. masih merendah diri walau dihina dan dicaci. masih mahu memperbaiki diri.
kejayaan hanya dapat dikecapi oleh pasukan yang sentiasa mencermin diri. berubah tingkah laku supaya penyokong meyukai khidmat pemimpin. biarkanlah pas terpekik dan terlolong. anggapkan sebagai pembakar semangat untuk melaksanakan yang terbaik dari yang terbaik.
kerana akhirnya mereka akan memilih juga jalan yang telah dilalui oleh umno. jalan dimana umno meninggalkan pas jauh dibelakang. terkial-kial memperbetulkan diri.



konspirasi aljuburi


aljuburi sudah mengetahui akan pembongkaran zahrain di parlimen. aljuburi juga mengetahui akan ada laporan polis yang akan dibuat keatasnya. strategi ini dah pecah lobang. tiket penerbangan ke luar negara sudah ditempah.
alasan memusnahkan karier politik aljuburi akan bertambah. aljuburi mencari simpati rakyat. agar gerakkan bernafsu reformasi dapat digerakkan. sekarang meninjau keadaan. bagaimana penerimaan rakyat.
pas membuka langkah pertama. kepercayaan kepada tuhan didalam perlembagaan ditukar kepada kepercayaan kepada Allah. bagaimana reaksi rakyat?
isu-isu seterusnya akan dimainkan oleh nyamuk-nyamuk pakatan runtuh. aljuburi akan mengkaji dan meneliti masa yang sesuai bermulanya reformasi jalanan siri ll. mungkinkah ini terjadi atau .....
aljuburi sekarang berada di luar negara. dia boleh bergabung dengan raja putar. berehat di luar negara untuk selama-lamanya. mungkin ada yang memberi peluang kepada aljuburi , untuk menghabiskan usia emasnya. wang yang banyak sekiranya tak dijoli, amatlah merugikan.
aljuburi masih lagi boleh meyalak. walaupun hanyalah sebagai lolongan seekor anjing yang kehilangan tulang. tiada siapa pun yang rugi kecuali tuan penasihat itu sendiri...





al juburi mengkaji cuaca


aljuburi tahu sekiranya laporan polis dibuat keatasnya, kemungkinan besar dia akan dicekup. sekarang dia hanya menunggu bagaimana keadaan cuaca di malaysia.
sekiranya redup, dia akan pulang. tetapi jika cuaca berubah menjadi panas membara, maka dia akan terus berada diluar negara.
pelbagai kemungkinan boleh berlaku. kes makamah sodomy 11 belum selesai, kini muncul pula kes mencemarkan nama YANG DIPERTUAN AGUNG dan panglima angkatan tentera malaysia.
kemungkinan menjadi tahanan ISA adalah lebih baik daripada didapati bersalah meliwat?  nanti boleh fitnah kerajaan tidak adil. bolehlah buat demontrasi?





ISA - perlukah dipertahankan



1.bagi aku jawabannya ialah YA. ISA masih lagi perlu dikekalkan di malaysia. ia amat relevan utk kestabilan dan keharmonian rakyat malaysia.
2. ada segelintir rakyat mendakwa bahawa ISA menyekat kebebasan bersuara dan sebagainya. mereka memohon supaya ISA dihapuskan.
3.yg memohon ISA dihapuskan ni bersebab.mungkin dia atau kawan2 dia dah kena tahanan ISA. atau pun mereka takut nak melakukan pergerakan2 yg membolehkan mereka diISAkan. mereka hanya menunggu masa.lenyap saja ISA,konspirasi mereka pun akan bergerak.
4.mulalah jalanraya kita dipenuhi dgn demontrasi.hari2 ada saja demontrasi.tak puas hati sikit,demo.sikit2 demo.sikit2 demo.nak tangkap,tak boleh.tak dak undang2.bagi yg nak cari makan,susah la macam ni.kalau demontrasi kat dlm hutan tak pa la.tak ganggu orang.
5. fitnah jgn cakap la.suka hati dia saja apa nak cakap.bukan nak ambil tahu hati dan perasaan orang lain.terguris ka,terluka ka,lantak pi la. lama2 rakyat bergaduh sesama sendiri. sapa yg untung? tangan2 ghaib juga yg untung. rakyat balik ke asal le,makan ubi kayu!!!
6. nak ke rasa hari2 makan ubi kayu? cuba tengok kat dunia luar tu. iraq,afghanistan dan beberapa lagi negara yg politiknya tak stabil. bagaimana keadaan kehidupan mereka. mesra alam kan?
7. jgn la kita memohon sesuatu yg akan merugikan kita dimasa depan.fikirkan secara mendalam akan kesan serta akibatnya. ISA ini dicipta pun setelah kejadian berlaku. supaya kejadian2 itu tidak berulang lagi. amat sukar utk membangunkan negara dari merobohkannya.



blogger bergendang tiada penari

1.beberapa blogger sedang bergendang.memujuk penari yg tak kunjung datang.digertak sudah,dirayu pun sudah.namun penari tetap menyepi diri.
2.mungkin alunan tak sesuai ditari.muzik rock n roll tak serasi.cuba la pulak lagu asli.mungkin ini mendakap dihati.barulah penari mahu beraksi.supaya irama mudah dimengerti.
3.ada blogger yg panas kerana tidak mendapat layanan dari umno.merayu-rayu minta dikasihani.berbagai cara diguna.
4.tapi kalau layari blog dia,macam2 sticker ada.pembela bangsa.pejuang melayu.kalau tengok,gerun kita di buatnya.ini mesti dah sain mati ni.wasiat dah tentu siap dah.
5.tup-tup aku baca dah nak resign pulak.tak disambut oleh pemimpin,katanya.selama ni buat keja sia-sia.jangan kata nak bagi duit,dapat hargai karya dia pun jadi la.
6.mungkin umno tak mau terikut-ikut corak serangan yg dilancarkan oleh blogger2.nampak kasar dan tak berhemah.kalau boleh biar la bersopan .bahasa jiwa bangsa.
7.lagipun umno dah buat kajian tentang kekalahannya di PRU yg lepas.bukan disebabkan oleh kekuatan lawan.tapi oleh segelintir pemimpin yg kemaruk kuasa.pemimpin lama nak dihanyutkan dan diganti dgn pemimpin baru.hinggakan negarawan ulung pun nak dikuburkan oleh pengkhianat bangsa.
8.skrg dah ada sedikit perubahan.ada yg kena frozen dan ada yg terpaksa gunakan talian hayat.
9.moga2 kesopanan dan kesusilaan masih menjadi pegangan kita.bukannya ucapan yg menjadi mainan dibibir.
10.memberi bunga kepada pelempar najis(perumpamaan) adalah lebih mulia drpd melempar najis kpd pelempar najis.kemudian hari kedua-dua pihak akan berbau busuk.
11.ambillah resmi pokok.dibaja dan disirami dgn najis,ia akan hidup subur.ramai manusia yg dapat berteduh dan mendapat menafaat darinya.tetapi pokok akan mati bila disirami dgn air gula dan manisan.



pro BN atau PR

1.keliru dan menggelirukan.sukar membuat pilihan.yang mana satu harus(bukan wajib pun)ku serahkan undi yang memang pun satu
ini.jika undi rosak,aku hanya membuang masa.
2.PRU 12 betul-betul membuat aku gelisah.aku benci kepada DS khir toyo.orang komplen bukit cerakah botak,dia selamba saja.siap posing lagi kat situ.
3.khairi jamaludin pun aku meluat juga.berbagai versi cerita aku dengar pasai dia.cerita mulut ke mulut biasa la.tentu la yang buruk punya.tapi la ni aku dah faham yang dia ni tak faham bahasa.
4.DS hishamudin pula aku tengok lembik semacam je.ibarat kata, pemuda waktu tu macam tidur-tidur ayam.tapi kalau bab bergaya, exco2 pemuda waktu tu macam aktor bollywood.eksyen pulak tu.tak nampak langsung wakil pemuda dari golongan orang susah.mungkin satu trend kot waktu tu hanya orang beruwang saja boleh jadi pemimpin.
5.yg TUN lah pula asyik posing dia tidug saja.yg orang suruh buat, dia tak buat.yg orang tak suruh,itu dibuatnya.bila orang kata degil,dia melawan.degil punya pasai,berbillion juga la duit abis.hancusss.
6.belum abis,ada lagi...........
7.nik aziz ni aku tengok ok gak.low profile.bercakap pasai islam saja.makan islam.tido islam.mandi islam.sampai kentut pun berbau islam.cakap saja kut.aku tak nampak pun orang agama lain pi kelantan nak peluk agama islam.yang aku nampak orang kelantan mai hijrah kat lembah klang ni ramai la.sepatutnya negeri yg ditadbir oleh orang yg mengaku beragama islam mestilah lebih makmur dan maju dari negeri lain.keliru lagi.lepas tu pula,dia suka sound orang direct(yg tak sebulu).tak pakai bahasa kiasan langsung.apa punya ulamak ni.ada lagi.aku perhatikan nik aziz ni kalau bercakap selalu berubah.jika dia buat semua halal,seteru
buat mesti jadi haram.padahal benda yg sama.walharammu walhalalku!!!lagilah keliru.
8.pkr ni aku suka apa yg depa laungkan.semuanya utk kebaikan rakyat.tak dak langsung yg tak elok.menjadi halwa telinga la org kata.sapa2 yg dengar pasti terpesona punya.khayal aku dibuatnya.macam duduk dlm kampung orang bunian.agaknya la.
9.yg satu lagi ni aku tak mau ulas la.dari kecik lagi aku memang tak suka.pasai nak bawa pi bulan kot.tapi aku dengar org cerita,matahari sejengkal atas kepala.
10.jadi,apa keputusan aku.....
11.malam sebelum hari mengundi,aku pi jumpa sahabat tua dan sahabat separuh tua aku.berborak sampai ke pagi.semuanya berkisar hal politik.pro dan kontra mesti bertembung punya.yg kontra tu ,sah la aku.orang baru mengenal politik.tak dapat beza yg tersurat dgn yg tersirat.
12.bukan senang wooo nak buat keputusan.tersilap aku pangkah,negara aku tergadai.kalau nak digadai,bukannya aku tau pun.depa kata buat pinjaman kat bank dunia.nak menjana ekonomi rakyat miskin.bagi pinjam 25k tanpa faedah(utk rakyat miskinnn...).apa lagi,org mcm aku seronok la.boleh melaram.tapi,ada org dah pinjam 2500bl(pemimpin kesayangan yg dilantik le).negara sebagai cagarannya.masak kita dibuatnya.mau 7 keturunan nak bayar hutang.
13.lagi satu, kalau tersilap pangkah,suara melayu akan bertambah kecil.suara kecil ni mudah orang kuis.tak caya,lihat jiran kita.oleh itu,aku pun ambil la satu keputusan.keputusan yg aku tak akan sesal hingga akhir hayat.walau pun ramai yg dah menyesal diatas keputusan mereka.INGAT!!!!! undi anda adalah rahsia.



konspirasi

konspirasi.perkataan ini bergema lagi.digunakan seperti perisai.dulu ianya sangat berkesan.sekarang ni entah laa... didalam setiap perkumpulan perlu ada konspirasi.bagaimana kita nak menjatuhkan lawan saingan kita.berbagai perangkap dirangka.ada yang dihalalkan ,ada yang tidak.sehinggakan matlamat menghalalkan cara pun tidak mengapa.asalkan cita dapat dijunjung. untuk membina perangkap bukannya mudah.kekuatan dan kelemahan lawan dikaji secara mendalam.benar kata pepatah.pelanduk selalu lupakan jerat.kucing dengan ikan.tak dapat makan,jilat pun jadi la...sisa makanan perlu disimpan dengan rapi.ini boleh menjadi senjata. kita dah boleh menembak.bukti dah tersedia.peperangan secara terbuka selama ini bertambah sengit.apabila datang yang hak maka luputlah yang batil.



Menyusuri hari mendatang

hari ini. berbicara didalam diri. sampai bila harus begini. bercakaran sesama sendiri. tiada yang untung,banyak yang rugi. haruskah membiarkan persengketaan berlalu pergi sedangkan ia menghambat diri. aku masih berdiri dengan diri sendiri. aku mesti pergi . menolak mimpi ngeri. mencanai sinar pagi. agar sengketa bertaut kembali.