hanya yang kuat dan berani sahaja boleh bersaing di dunia tanpa sempadan hari ini. umat islam hari ini sudah ketinggalan jauh dari berbagai aspek kehidupan. hanya berharap pada doa dan solat hajat sahaja tanpa menunjukkan bagaimana kita boleh berjaya dan menandingi lain-lain kaum didunia ini, tanpa usaha yang gigih,tekun,sabar dan teliti serta berterusan,maka kita akan terus ditinggalkan.
mengharapkan pas untuk menunjukkan contoh dan tauladan sebagai kelompok beragama islam yang berjaya dan disegani  di negara ini masih lagi kabur. malahan agama islam dikelirukan oleh mereka dengan begitu teruk. isu kafir mengkafir, agama suku politik suku, syurga undi pas,hukum sembelihan oleh bukan ahli pas dan berbagai lagi.
kebanyakkan isu yang didendangkan oleh pas ialah isu yang remeh temeh. pas berharap agar setiap umat islam di malaysia ini berada di martabat insan rabani. persoalannya adakah setiap ahli pas berada pada kedudukkan itu? mengapa perlu disulitkan dan disukarkan agama islam itu sedangkan ianya perlulah dipermudahkan supaya dapat menarik minat mereka yang bukan beragama islam.
lain-lain kaum sedang memerhatikan. beginikah umat beragama islam. bercakaran sesama sendiri untuk menunjukkan martabat siapa yang lebih tinggi. siapa yang lebih beriman. siapa yang banyak mendapat pahala. asyik menghitung pahala sahaja. kenapa tidak dilakukan dengan ikhlas. tugas sebagai manusia dan tanggungjawab sebagai seorang umat beragama islam.
masakini kerajaan melancarkan 1 malaysia. ini pun pas sabotaj. tiru israel dia orang kata. habis tu nak tiru siapa lagi??? apakah meniru slogan untuk kebaikan rakyat juga haram??? memang inilah dasar membangkang. membangkang apa saja asalkan pas boleh duduk terkangkang!!!!