pancing belut



mengisi masa yang terluang. belut ini berkhasiat untuk menyembuhkan berbagai penyakit seperti lelah. harganya agak tinggi di pasaran iaitu rm 22 hingga rm 30 se kg. bergantung kepada saiz.

menjejak punai gading @ punai daun

PERKASA : kelahirannya digeruni

ramai yang kelam kabut.ada yang merapu, ada yang meraban. baru berusia bayi, tapi digeruni oleh kawan maupun lawan.

kawan...apa mau takut. bukan boleh jejaskan jawatan atau apa-apa juga yang disandang sekarang. dilahirkan hanya untuk menegur akan kesilapan pemimpin. bukan untuk merebut jawatan.

dulu-dulu....orang melayu boleh harap kat parti pak lebai untuk menegur pemimpin kerajaan yang lahap kuasa. tapi semenjak pru 12, parti pak lebai ni dah gila meroyan. lagi teruk dari sebelumnya.

hilang habis segala teras perjuangannya. dulu tak boleh bersama-sama orang bukan islam untuk mentadbir negara, tapi la ni boleh pula. ini fahaman yahudi ke???

tiada tempat lagi melayu nak mengadu. tiada tempat untuk meluahkan apa yang terbuku. cara yang paling mudah ialah luahkan di atas kertas undi.

tersilap pangkah pun tiada apa-apa yang perlu dikhuatiri. masih lagi perlu bertungkus lumus membayar bil-bil yang bertambah setiap bulan.

kalau bukan melayu jadi pemimpin pun tak apa. lagi senang bagi orang melayu. tak payah pening kepala nak tadbir negara. boleh duduk lama sikit kat kedai kopi.

lagi pun mungkin orang melayu ni dilahirkan untuk menjadi kuli kepada bangsa lain. mudah diperbodohkan. mudah dipergunakan. sampai sanggup berbaring di atas jalan. tapi baru lepas minta doa semoga diri, keluarga dan negara sejahtera.

sekarang apabila didirikan satu pentas untuk menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu isu, ramai pula yang kondem. yang kondem tu pun ramai yang melayu.

hai me.....layu, me.....layu........

tun m - si polan

  1. siapakah si polan yang dimaksudkan oleh tun m dalam ucapannya semasa ucapan perasmian perkasa semalam.
  2. tetapi yang pastinya si polan ini bukan individu yang sama dengan ,"yang dah pergi tu biarlah dia pergi".
  3. aku rasa ramai yang dapat meneka dengan tepat akan si polan yang tidak mengetahui apa-apa tentang umno tetapi mendatangkan kerosakkan yang teruk kepada umno.
  4. si polan ini juga menyebabkan ramai rakyat membenci umno hingga ke hari ini. tetapi yang menjadi masalahnya ialah si polan ini tidak memahami bahawa dia tidak diperlukan oleh umno.
  5. si polan masih memegang jawatan penting didalam umno. tiada yang berani meyisihkan si polan dari umno.
  6. mungkin takut di pancung karier politik atau tidak mahu mengeruhkan keadaan didalam umno yang kelihatan agak stabil sekarang.
  7. aku amat berharap agar ds najib dapat memantau si polan ini agar tidak diberikan peluang bertanding di kerusi parlimen  pada pru yang mendatang. moga-moga si polan hanya menjadi koleksi yang pernah umno lahirkan...

dajjal

1. masa aku kecik,aku kena paksa pi mengaji Quran. masa mengaji tu,diselangseli dgn cerita zaman dulu-dulu. salah satu yg paling aku ingat ialah cerita mengenai DAJJAL.
2. digambarkan dajjal tu bermata satu. badan dia besar. dia kalau beranak,anak dia merumut(banyak la tu). dajjal ni akan lahir pd akhir zaman. tujuannya untuk memusnahkan manusia.
3. cam ni lambat lagi la nak kiamat besar. rupabentuk fizikal yg aku gambarkan tu belum ujud. bole le kita lalai dlm hidup. buat sesuka hati.tanpa batasan maupun sempadan. melangkaui sifat haiwan. haiwan ni ada naluri mengenal jantina pasangannya. manusia bebas (slogan ke ni?)melakukan apa saja....semua nya sama rasa. depan belakang sama saja.
4. bila dah tua ni,persepsi aku tentang dajjal ni dah berubah. bukan rupabentuk fizikal yg dimaksudkan oleh penyampai terdahulu. mungkin ada maksud tersirat dari yg tersurat. lain yg disampaikan,lain pulak yg aku bayangkan. biasa la akal tengah nakal....
5. mungkin yg bermata satu bermaksud melihat apa yg berlaku didepan mata. tanpa perlu memikirkan apa isi bahan yg di sampaikan.  apakah maksud tersirat yang telah disampaikan. untuk menjadi renungan para hadirin.
6. kekadang berlaku perselisihan kefahaman. lain yang dimaksudkan, lain pula si dajjal ini tafsirkan. sekiranya untuk kebaikan manusia amatlah dialukan, tetapi yang menjadi masalahnya ialah perselisihan pemikiran menyebabkan manusia berpecah belah.

7. adakah dajjal telah lahir???

My Blog List


    125x125 Ads2
    125x125 Ads3
    125x125 Ads1

    Labels

    super power for man

    Resources

    RADIO ONLINE

    Video Post

    Powered By Blogger

    Followers

Copyright © .
Designed by Templates Next | Converted into Blogger Templates by Theme Craft