1. masa aku kecik,aku kena paksa pi mengaji Quran. masa mengaji tu,diselangseli dgn cerita zaman dulu-dulu. salah satu yg paling aku ingat ialah cerita mengenai DAJJAL.
2. digambarkan dajjal tu bermata satu. badan dia besar. dia kalau beranak,anak dia merumut(banyak la tu). dajjal ni akan lahir pd akhir zaman. tujuannya untuk memusnahkan manusia.
3. cam ni lambat lagi la nak kiamat besar. rupabentuk fizikal yg aku gambarkan tu belum ujud. bole le kita lalai dlm hidup. buat sesuka hati.tanpa batasan maupun sempadan. melangkaui sifat haiwan. haiwan ni ada naluri mengenal jantina pasangannya. manusia bebas (slogan ke ni?)melakukan apa saja....semua nya sama rasa. depan belakang sama saja.
4. bila dah tua ni,persepsi aku tentang dajjal ni dah berubah. bukan rupabentuk fizikal yg dimaksudkan oleh penyampai terdahulu. mungkin ada maksud tersirat dari yg tersurat. lain yg disampaikan,lain pulak yg aku bayangkan. biasa la akal tengah nakal....
5. mungkin yg bermata satu bermaksud melihat apa yg berlaku didepan mata. tanpa perlu memikirkan apa isi bahan yg di sampaikan.  apakah maksud tersirat yang telah disampaikan. untuk menjadi renungan para hadirin.
6. kekadang berlaku perselisihan kefahaman. lain yang dimaksudkan, lain pula si dajjal ini tafsirkan. sekiranya untuk kebaikan manusia amatlah dialukan, tetapi yang menjadi masalahnya ialah perselisihan pemikiran menyebabkan manusia berpecah belah.

7. adakah dajjal telah lahir???